Home Pasaran Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Pembukaan
Pasaran

Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Pembukaan

Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah berikutan pasaran kebanyakannya rendah minggu lepas, didorong oleh sentimen perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berhati-hati dan kekurangan data ekonomi yang positif daripada kedua-dua negara tersebut.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.58 mata kepada 1,519.37 daripada 1,516.79 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi kepada 1,518.06, meningkat sebanyak 1.27 mata.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 175 berbanding 76. Sejumlah 236 kaunter tidak berubah, 1,873 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 93.49 juta unit bernilai RM63.13 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti dagangan kekal kurang menggalakkan minggu lepas seperti yang dapat dilihat daripada jumlah dagangan harian yang lemah, merosot di bawah paras dua bilion saham.

“Ini mungkin disebabkan penurunan sasaran indeks petunjuk pasaran pada 2025 oleh kumpulan penyelidik baru-baru ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Thong berkata pihaknya menjangka indeks akan berada dalam julat1,510 hingga 1,520 hari ini.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd, prestasi pasaran tempatan sejajar dengan pasaran serantau yang bercampur-campur dan aliran keluar bersih asing yang berterusanmenyaksikanKLCI merosot 1.3 mata kepada 1,516.8 selepas meningkat sebanyak 14.8 mata dalam tempoh dua hari.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...