Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov(Livevartha) — Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekorantekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut4.60mata kepada 1,596.08 daripada1,600.68 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,601.43dan bergerak antara 1,595.09 hingga 1,604.51 sepanjang sesi pagi.

Keseluruhan pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 523 berbanding 290, manakala 471 kaunter tidak berubah, 1,180 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.67 bilion saham bernilai RM1.18bilion.

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkanekonomi Malaysia berkembang pada kadar KDNK sebanyak 5.3 peratus bagisuku ketiga 2024 susulan pengembangan 5.9 peratus pada suku sebelumnya,didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksportberterusan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran saham Malaysia kurang sensitif terhadap data ekonomi, tidak seperti Amerika Syarikat.

“Penjualan saham tempatan yangberlaku dalam keadaan kelemahan serantau menunjukkan dana asing mungkin memilih keluar dari Asia buat masa ini.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...