Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Sedikit Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Dalam Dagangan Awal

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Dalam Dagangan Awal

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal hari ini walaupun kebanyakan pasaran Wall Street semalaman mencatatkan prestasi positif selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memutuskan untuk menurunkan kadar faedah AS sebanyak 25 mata asas dalam mesyuaratnya semalam.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.34 mata kepada 1,627.62.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 114 manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,880 tidak diniagakan dan17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 129.39 juta saham bernilai RM61.75 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi selepas pengumuman penurunan kadar faedah, meneruskan kenaikan yang didorong oleh kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS.

“S&P 500 dan Nasdaq, masing-masing meningkat0.74 peratus dan 1.51 peratus. Sementara itu,Dow Jones Industrial Average ditutup hampir tidak berubah.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...