Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 5.61 mata kepada 1,521.01 berbanding 1,526.62 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka turun 4.15 mata pada paras 1,522.47.
Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 262 berbanding 89 manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,866 kaunter tidak diniagakan dan 17 kaunter digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 136.4 juta saham yang bernilai RM69.83 juta.
Prestasi pagi ini dicatatkan walaupun Wall Street ditutup positif ketikapelabur mengetepikan kebimbangan mengenai tamatnya penangguhan tarif selama 90 hari antara Amerika Syarikat (AS)-China yang dijadualkan pada 9 Julai.
Selain itu, pasaran serantau menyaksikan dagangan rendah denganIndeks Straits Times Singapura susut 0.41 peratus kepada 3,906.02, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.36 peratus kepada 24,035.38, Kospi Korea Selatan turun 1.26 peratus kepada 2,883.35manakala Nikkei 225 Jepun menguncup 1.48 peratus kepada 37,607.41.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen kekal disokong oleh bacaan Indeks Harga Pengeluar AS yang lebih rendah daripada jangkaan awal.