Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasidan media.

Press Metal Aluminium melonjak 28 sen atau 6.4 peratus kepada RM4.68, Tenaga Nasional naik 18 sen kepada RM14.38 dan Maxis menambah 12.0 sen kepada RM3.56, dengan saham-saham ini menyumbang sebanyak 7.30 mata kepada indeks komposit.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.79 mata atau 0.68 peratus kepada 1,603.23 daripada 1,592.44 semasa ditutup pada paras 1,592.44 Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.47 mata lebih tinggi kepada 1,592.91 dan bergerak antara 1,591.49 hingga 1,605.41 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, pasaran lebih luas memperlihatkan sentimen bercampur-campur apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 476 berbanding 392 manakala 480 kaunter tidak berubah, 1,109 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.89 bilion saham bernilai RM1.05 bilion.

Bagaimanapun, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pendirian berhati-hati perlu diambil, dengan syarikat sekuriti itu menjangka saham Asia akan memulakan minggu ini dengan sentimen lemah berikutan pelabur menilai potensi impak daripada tarif yang dicadangkan oleh Donald Trump dan kitaran pelonggaran kadar faedah lebih perlahan yang dijangka pada 2025.

"Pada minggu ini, peniaga akan memantau acara utama termasuk ucapan oleh Gabenor Bank of Japan; pengumuman prestasi kewangan NVIDIA; Sidang Kemuncak G20 di Brazil; dan pengumuman kadar pinjaman utama China," menurut Malacca Securities dalam nota hari ini.

Dari segi teknikal, Malacca Securities berkata paras rintangan dijangka pada sekitar 1,607-1,612 (mata) dan paras sokongan pada 1,572-1,577.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...