Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.45 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.45 Peratus

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.45 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu apabila parapelabur lebih optimis berikutan pengumuman perjanjian rangka kerja perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, yang merangkumi peruntukan bagi perdagangan teknologi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.89 mata, atau 0.45 peratus kepada 1,523.84 daripada paras penutup 1,516.95 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 3.91 mata kepada 1,520.86 pagi ini, yang merupakan paras terendahnya hari ini, dan seterusnya bergerak ke paras tertinggi 1,530.85 pada sesi awal.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 545 berbanding 375, manakala 528 kaunter tidak berubah, 921 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 3.27 bilion unit bernilai RM2.59 bilion daripada2.72 bilion unit bernilai RM2.09 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata perkembangan dalam rundingan perdagangan AS-China menandakan langkah membina ke arah meredakan ketegangan, walaupun ia tidak begitu mencapai matlamatnya.

Pasaran tempatan mendapat sokongan tambahan daripada data makroekonomi menggalakkan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini menunjukkan nilai jualan sektor pembuatan meningkat sebanyak 4.8 peratus pada April 2025, mencecah RM160.6 bilion.

"Terutamanya, industri berorientasikan dalam negeri terus berkembangsebanyak 3.6 peratus pada April, meningkat daripada peningkatan 1.8 peratus pada Mac.

“Walaupun petunjuk ini lazimnya dianggap ketinggalan, ia tetap pentingdalam memberi isyarat bahawa sektor ekonomi dan eksport Malaysia pada asasnya kekal kukuh walaupun ketidaktentuan perdagangan global," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...