Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Jun(Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan ditutup tinggi hari ini disokong olehpembeliansaham wajaran tinggi terpilih ketikapeserta pasaran menunggu keputusan perbincangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.62 mata, atau 0.17 peratus, kepada 1,519.41 daripada paras penutup 1,516.79 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasarandibuka tinggi naik 1.27 mata kepada1,518.06, dan kemudiannya turun naik dalam jajajaran1,518.03 dan 1,521.64 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 535 berbanding 400, manakala 484 kaunter tidak berubah, 941 tidak diniagakan dan 20 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.61 bilion unit bernilai RM1.84 bilion daripada 1.92 bilion unit bernilai RM1.66 bilion pada Jumaat lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata di pasaran tempatanpelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya perkhidmatan kewangan, pembinaan dan saham berkaitan teknologi, pada paras harga semasa yang dianggap agak murah.

“Petunjuk teknikal membayangkanFBM KLCI stabil dalam jajaran kecilsehingga pemangkin baharu muncul.

"Kami menjangkakan indeks didagangkan antara paras 1,500 dan 1,530 bagiminggu ini, mewakili tparas sokongan dan parasrintangannya," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...