Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulanaktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.61 mata atau 0.29 peratus kepada 1,615.08 daripada 1,610.47 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka mengukuh 1.90 mata kepada 1,612.37 dan bergerak antara 1,609.70 dan 1,619.05 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen dalam pasaran meluas tidak terlalu memberangsangkan dengan kaunter rugi hanya sedikit melebihi kaunter untung iaitu 497 berbanding 490 manakala 511 kaunter tidak berubah, 982 tidak diniagakan dan 123 digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.48 bilion unit bernilai RM2.26 bilion berbanding 2.45 bilion unit bernilai RM2.21 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata walaupun prestasi pasaran hari ini adalah positif, sentimen kekal berhati-hati berikutan tempoh pelaporan pendapatan suku ketiga yang semakin hampir untuk saham tempatan dan aliran keluar bersih asing yang berterusan.

“Pelabur juga sedang menunggu keputusan suku tahunan daripada firma teknologi utama termasuk Apple, Microsoft, Google, Amazon, dan platform Meta. Sekiranya keputusan ini memenuhi jangkaan pasaran, ia boleh memberikan rangsangan tepat pada masanya kepada sentimen, berpotensi memberikan kestabilan selanjutnya kepada pasaran tempatan,” katanya kepada Livevartha.

Dari segi petunjuk ekonomi, Mohd Sedek berkata pelabur akan memantau dengan teliti Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras Amerika Syarikat (AS), data pekerjaan AS dan Indeks Pengurus Pembelian pembuatan China minggu ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024
Pasaran

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Ketika Awal Dagangan Hari Terakhir 2024

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka sedikit...

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha)...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Dis(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Walaupun Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Ringgit...