Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup padaparasterendah intra hariberikutan ketiadaanpemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaranserantau ekoran ketidaktentuan ekonomi global dan kebimbangan geopolitik.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.24 mata untuk ditutup kepada 1,592.44 daripada paras penutup1,600.68 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasarandibuka tinggi naik 0.75 mata kepada 1,601.43, mencecah paras tertinggi intra hari1,604.51 pada sesi awal dagangan, sebelum menyusutsepanjang tempoh berbaki sesi dagangan hari ini.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 378, manakala 501 kaunter tidak berubah, 1,020 tidak diniagakan dan 21 digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.65 bilion berbanding 3.14 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Khamis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkatajualan dalam saham MR DIY dan MISC serta aktiviti pengambilan untung dalam saham perladangan telah mengheret turun indeks.
"Indeks petunjuk pasarantempatan dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global, kebimbangan terhadap kesan daripada dasar baharu ASdan tekanan jualan dalam sektor khusus," katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkatameskipun prestasi pasaran yang lemah, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkandata ekonomi yang kukuh.