Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diteraju oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti ketika bursa serantau mencatat prestasi bercampur-campur.

Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing menyusut 12 sen kepada RM10.12 dan RM14.30 manakala Public Bank rendah 3.0 sen kepada RM4.41, dengan saham-saham ini mengurangkan indeks komposit menerusi kombinasi 4.64 mata.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.16 mata atau 0.26 peratus untuk ditutup kepada 1,598.18 daripada 1,602.34 semalam.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 0.54 mata lebih tinggi kepada 1,602.88, bergerak antara 1,594.51 dan 1,606.28 semasa sesi dagangan.

Pasaran lebih luas adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 546 berbanding 457 manakala 527 kaunter kekal tidak berubah, 936 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.72 bilion unit bernilai RM2.44 bilion berbanding 2.83 bilion unit bernilai RM2.08 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI lebih rendah hari ini berikutan pelabur melaksanakan pendekatan berhati-hati di tengah-tengah peningkatan risiko geopolitik.

“Indeks ini menyusut di bawah ambang psikologi kritikal 1,600, kali kedua pada bulan ini — dan yang kedua sejak September — ia ditutup di bawah paras utama ini.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...