Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Keputusan OPR
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Keputusan OPR

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Keputusan OPR

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dirangsang oleh hala tuju pelabur yang lebih jelas dalam pasaran susulanpengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.

Semalam, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

BNM menekankan bahawa ekonomi global terus berkembang dalam persekitaranpasaran buruh yang berdaya tahan dan proses pemulihan secara berterusan dalam perdagangan global.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05mata kepada 1,639.22daripada 1,634.17ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 1.97mata lebih tinggi kepada 1,636.14.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untungmengatasi kaunter rugisebanyak 304berbanding 113, manakala 276kaunter tidak berubah, 1,713kaunter tidak diniagakan dan 10yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 209.75juta unit bernilai RM143.12juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata keputusan BNM untuk mengekalkanOPR pada 3.0 peratus memberikejelasan kepada landskap pasaran tempatan.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Keputusan OPR
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...