Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu memulakan dagangan hari ini dengan 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,601.43.

Bagaimanapun, di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 170 berbanding 167, manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,904 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 174.76 juta saham bernilai RM79.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peniaga membeli dan menjual dalam tempoh singkat untuk meraih keuntungan segera.

“Peniaga kembali berhati-hati dan tidak mahu memegang saham dalam tempoh yang panjang,” katanya kepada Livevartha.

Di peringkat global, Hong Leong Investment Bank Bhd berkata, berikutan peningkatan yang diraih selepas pilihan raya mulai reda, saham global menyusut selepas data Amerika Syarikat (AS) dan kenyataan terkini daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS (Fed) Jerome Powell menunjukkan keadaan ekonomi yang kukuh membolehkan Fed untuk berhati-hati dengan penurunan kadar faedah pada masa akan datang.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...