Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Livevartha) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen yang kekal berhati-hati terhadap trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 2.38 mata kepada 1,601.66 daripada 1,604.04 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka0.86 mata lebih rendah kepada 1,603.18.

Pasaran lebih luas memperlihatkan sentimen bercampur-campur, dengan 200 kaunter untung mengatasi 109 kaunter rugi manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 151.04 juta saham bernilai RM76.03 juta.

Kenyataan terkini oleh Pengerusi Fed Jerome Powell menunjukkan tiada keperluan mendesak untuk menyelaraskan kadar faedah, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng sambil menekankan mengenai keteguhan ekonomi dan pasaran buruh yang kukuh.

“Hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun menyusut kepada 4.414 peratus. Sementara itu, di Hong Kong, Indeks Hang Seng menokok selepas pengawal selia China menggalakkan syarikat dengan harga saham di bawah nilai bersih masing-masing untuk meningkatkan prestasi.

Perubahan ini meningkatkan minat terhadap bank,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...