Home Ekonomi Tiga negeri sumbang 41.9 peratus jumlah pertubuhan di Malaysia
Ekonomi

Tiga negeri sumbang 41.9 peratus jumlah pertubuhan di Malaysia

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Selangor, Johor dan Kuala Lumpur mencatat bilangan pertubuhan tertinggi pada tahun 2022.

Berdasarkan Banci Ekonomi 2023, ketiga-tiga negeri itu secara kumulatif menyumbang 49.1 peratus daripada jumlah bilangan pertubuhan di Malaysia.

\”Di peringkat daerah, Johor Bahru dan Petaling mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi merentasi kesemua sektor.

\”Kedua-duanya menyumbang secara signifikan kepada sektor perkhidmatan dan pembinaan, sekali gus memperlihatkan kepentingan daerah-daerah ini sebagai hab ekonomi yang berkembang pesat,\” jelas Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Secara keseluruhan, lebih 1.09 juta pertubuhan beroperasi pada tahun 2022, berbanding 920,630 pada 2015.

Peningkatan itu menyumbang kepada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5 peratus.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...