Home Ekonomi Ringgit tinggi berbanding dolar AS berikutan data inflasi stabil
Ekonomi

Ringgit tinggi berbanding dolar AS berikutan data inflasi stabil

Ringgit tinggi berbanding dolar AS  berikutan data inflasi stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh data inflasi yang stabil.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3455/3510 berbanding dolar AS daripada 4.3490/3535 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) pada September 2024 sebanyak 1.8 peratus menunjukkan inflasi kekal stabil buat masa ini, turut menunjukkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar monetari semasanya dalam masa terdekat.

“Sementara itu, dolar AS kekal mendapat permintaan tinggi berikutan kebimbangan mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang akan datang terus mempengaruhi sentimen pasaran, menyebabkan peniaga mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap risiko,\” katanya.

Pada sesi penutup, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6331/6402 daripada 5.6433/6491 semalam, bagaimanapun, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8589/8627 daripada 2.8484/8516 pada Rabu dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6918/6978 daripada 4.6887/6935 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.50/7.52 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2928/2972 daripada 3.2932/2969 semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.8/279.3 daripada 278.2/278.7 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9031/9259 daripada 12.8959/9149 sebelum ini. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...