Home Ekonomi Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ekonomi

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 19 Februari – Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) dan kenaikan bon Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat sebanyak 0.41 peratus kepada 107.009 mata manakala hasil bon Perbendaharaan AS masing-masing dua tahun dan 10 tahun juga naik sebanyak lima mata asas dan tujuh mata asas kepada 4.31 peratus dan 4.55 peratus.

“Prestasi ini berlaku susulan ulasan Presiden Rizab Persekutuan San Francisco Mary Daly bahawa Kadar Dana Rizab Persekutuan (Fed) AS perlu kekal ketat sehingga ada bukti jelas inflasi bergerak ke arah sasaran dua peratus.

“Berikutan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata ketidaktentuan dasar mengenai tarif import selain perkembangan perang Ukraine dengan Rusia yang kelihatan positif serta cadangan berkaitan Gaza, telah mencetuskan sentimen bercampur-campur berikutan ketidakpastian elemen ini dalam mengurangkan risiko geopolitik.

Pada masa sama, minat dan penolakan risiko juga dijangka menjadi lebih lazim dan menyebabkan ketidakentuan dalam pasaran kewangan.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.6407/6470 daripada 4.6511/6553 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9246/9287 daripada 2.9272/9302 semalam, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6080/6155 daripada 5.6030/6080 sebelum ini.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.3095/3142 daripada 3.3115/3150 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1942/2194 daripada 13.1881/2067.

Ringgit diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina kepada 272.9/273.4 daripada 272.9/273.3 semalam dan 7.63/7.65 daripada 7.63/7.64.-Livevartha

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...