Home Ekonomi Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOUR

PETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku pertama 2025, mencerminkan keyakinan pasaran terhadap asas ekonomi negara yang kukuh dan pengurusan dasar monetari yang berhemat.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia meningkat sedikit sebanyak 0.01 peratus dengan ringgit juga menambah nilai sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Pergerakan itu didorong terutamanya oleh dolar AS yang melemah kerana ketidakpastian berhubung dengan dasar perdagangan AS semakin meningkat.

“Hal ini menyebabkan peningkatan jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi AS yang lebih perlahan,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Pertama 2025 di Sasana Kijang di sini hari ini.

Jelasnya, faktor luaran dijangka terus mempengaruhi kadar pertukaran ringgit.

“Meskipun begitu, prospek makroekonomi Malaysia yang positif serta pelaksanaan pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan jangka sederhana kepada ringgit.

“BNM kekal komited untuk memastikan pasaran pertukaran asing domestik berfungsi dengan teratur,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...