Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong belian berterusan
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong belian berterusan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober– Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.

Pada pukul 8.17 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3405/3515 berbanding dolar AS daripada 4.3455/3510 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) dilihat terjejas berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

“DXY merosot 0.36 peratus kepada 104.058 mata berikutan peniaga dijangka menyimpan keuntungan disebabkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang berkurangan.

“Hasil Perbendaharaan AS juga rendah apabila hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun turun 3.0 mata asas kepada 4.21 peratus berikutan paras semasa menjadi semakin menarik dengan Fed AS dijangka melonggarkan dasar monetarinya walaupun secara berperingkat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, katanya peniaga dan pelabur akan sibuk dengan pilihan raya presiden AS berdasarkan persaingan antara kedua-dua calon amat sengit.

Dalam dagangan awal, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound kepada 5.6279/6422 daripada 5.6331/6402 semalam, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8582/8657 daripada 2.8589/8627 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6969/7088 daripada 4.6918/6978 sebelum ini.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.51 daripada 7.49/7.51 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2903/2988 daripada 3.2928/2972 semalam.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.3 daripada 278.8/279.3 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8779/12.9174 daripada 12.9031/9259 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...