Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Peneroka FELDA terima manfaat kenaikan WPL
Ekonomi

Peneroka FELDA terima manfaat kenaikan WPL

Peneroka FELDA terima manfaat kenaikan WPL

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas buah kelapa sawit akan memberi manfaat tidak langsung kepada golongan peneroka.

Langkah itu berupaya tingkatkan pendapatan FELDA khususnya melalui FGV Holdings Berhad, seterusnya menambah nilai keuntungan syarikat untuk kesejahteraan warganya.

Kenyataan FELDA memaklumkan semakan semula struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah akan bermula pada 1 November 2024.

Ia akan memastikan harga pasaran sawit kekal stabil serta memberi pendapatan lebih mampan kepada pekebun kecil dan peneroka.

Manakala, kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dijangka dapat menarik lebih ramai pekerja tempatan ke sektor perladangan.

Ini menjadikan pekerjaan buruh ladang lebih menarik dan kompetitif serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ketika pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150 manakala RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...