Home Ekonomi Pelabur asing lupus RM196.2 juta ekuiti tempatan minggu lepas – MIDF
Ekonomi

Pelabur asing lupus RM196.2 juta ekuiti tempatan minggu lepas – MIDF

Pelabur asing lupus RM196.2 juta ekuiti tempatan minggu lepas – MIDF

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Pelabur institusi tempatan mencatat belian bersih ekuiti berjumlah RM244.6 juta di Bursa Malaysia sepanjang minggu lalu.

Sebaliknya, pelabur runcit tempatan meneruskan jualan bersih ekuiti dengan jumlah RM48.4 juta dalam tempoh yang sama.

Menurut laporan MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF), pelabur asing kembali kepada pendirian jualan mereka selepas melupuskan RM196.2 juta ekuiti di Bursa Malaysia.

Dalam laporan aliran dana yang berakhir pada 25 Oktober, MIDF menyatakan bahawa sektor pembinaan, perkhidmatan kewangan, dan penjagaan kesihatan merekodkan aliran masuk bersih tertinggi daripada pelabur asing.

Sementara itu, sektor utiliti, teknologi, serta telekomunikasi dan media menjadi tiga sektor yang mengalami aliran keluar asing bersih tertinggi.

Purata volum dagangan harian (ADTV) bagi pelabur runcit tempatan dan pelabur institusi masing-masing meningkat sebanyak 2.2 peratus dan 1.8 peratus. Namun, terdapat penurunan dalam ADTV pelabur asing sebanyak 19.6 peratus.

Di peringkat serantau, aliran keluar dana asing dari Asia berterusan untuk minggu keempat berturut-turut, dengan jumlah mencecah AS$1.24 bilion.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...