Home Ekonomi Pasaran getah ditutup bercampur-campur berikutan kejatuhan niaga hadapan getah serantau
Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur berikutan kejatuhan niaga hadapan getah serantau

Pasaran getah ditutup bercampur-campur berikutan kejatuhan niaga hadapan getah serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Oktober– Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan kejatuhan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan ketidaktentuan global akibat ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil kira gangguan bekalan berkaitan cuaca yang semakin berkurangan dan harga getah sintetik yang lebih rendah berbanding yen yang melemah.

Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah dan sedikit peningkatan dalam penghasilan kenderaan elektrik China, katanya.

“Harga minyak naik lebih satu peratus pada Khamis, hampir mengatasi kejatuhan pada sesi sebelumnya apabila ketegangan di Timur Tengah kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) walaupun inventori bahan api AS masih banyak,” katanya kepada Bernama.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) kekal tidak berubah pada 861.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 750.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 862 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 751 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...