Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi MPC tingkat produktiviti industri kimia melalui teknologi hijau
Ekonomi

MPC tingkat produktiviti industri kimia melalui teknologi hijau

MPC tingkat produktiviti industri kimia melalui teknologi hijau

PETALING JAYA: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) komited meningkatkan produktiviti negara melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam industri kimia dan produk kimia.

MPC melalui Nexus Produktiviti Kimia dan Produk Kimia (CPN) menyambut baik inisiatif dan insentif yang diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2025 yang memberi peluang besar kepada industri kimia tempatan memperkukuhkan inovasi, keselamatan, dan kelestarian, sekaligus meningkatkan produktiviti.

Belanjawan MADANI 2025 memperuntukkan pelbagai insentif seperti potongan cukai kepada perusahaan kimia yang melabur dalam teknologi hijau dan inovasi.

Dana padanan pelaburan sebanyak RM100 juta turut disediakan bagi menggalakkan pembekal tempatan dalam sektor kimia khusus untuk memperkukuh ekosistem rantaian bekalan negara.

Langkah ini sejajar dengan usaha negara untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan kimia import dan memperluas kemampuan tempatan lebih produktif dalam sektor ini.

Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail berkata, MPC menyokong inisiatif-inisiatif seperti pelaksanaan teknologi hijau, pematuhan kepada piawaian keselamatan antarabangsa.

“Piawaian itu seperti Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah-Perjanjian Mengenai Pengangkutan Antarabangsa Barangan Berbahaya melalui Jalan Raya (UNECE-ADR), serta program pembangunan kapasiti kepada pemain industri kimia tempatan diberi perhatian utama.

“Langkah-langkah ini dijangka menyumbang kepada pertumbuhan mampan, mendorong peningkatan produktiviti industri kimia tempatan.

“Selain itu, ini seterusnya akan menyokong matlamat negara mencapai status ekonomi bernilai tinggi seperti yang disasarkan dalam Pelan Induk Perindustrian 2030 (NIMP 2030),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi CPN, Datuk Dr. Mohamed Noor Sany yakin bahawa kerjasama erat antara sektor awam dan swasta yang terus diperkukuhkan, industri kimia Malaysia akan lebih produktif dan berkembang maju.

“Usaha-usaha bersepadu ini akan memastikan sektor kimia di negara ini mampu bersaing di peringkat global, seterusnya memacu pertumbuhan produktiviti yang lebih inklusif dan mampan”, katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...