Home Ekonomi Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025, sasar kehadiran 20,000 pelawat
Ekonomi

Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025, sasar kehadiran 20,000 pelawat

Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR, 28 Januari– Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025 menyasarkan kehadiran seramai 20,000 pelawat dan penyertaan 750 pempamer dari pelbagai negara.

Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata acara itu bertujuan mengembangkan industri tersebut dengan membina rangkaian dalam sektor peranti perubatan dan farmaseutikal.

\”MATRADE akan bekerjasama dengan penganjur pameran perdagangan terkenal di dunia, untuk menganjurkan Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa dan menyediakan platform bagi perkongsian pandangan industri, peluang rangkaian untuk sektor farmaseutikal dan peranti perubatan.

Seperti yang kita ketahui, sektor ini merupakan penyumbang besar kepada ekonomi negara dan disenaraikan sebagai sektor keutamaan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),\” kata Datuk Seri Reezal kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Prestasi Perdagangan Malaysia, 2024.

Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025 akan berlangsung 16 hingga 18 Julai ini, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...