Home Ekonomi MIDF sasar 3,000 PKS sertai FRF, HATI 
Ekonomi

MIDF sasar 3,000 PKS sertai FRF, HATI 

MIDF sasar 3,000 PKS sertai FRF, HATI 

DATUK Hanafi Sakri (tiga dari kiri) dan Tan Sri Abdul Rahman Mamat pada sidang media selepas majlis Jelajah MIDF 2025 untuk FRF & HATI di sini hari ini. UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menyasarkan hampir 3,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai program Pembiayaan Sedia Masa Depan (FRF) dan Peningkatan Teknologi Akreditasi Halal (HATI).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri berkata, program yang dikendalikan oleh MIDF itu merupakan langkah penting dalam membantu PKS mendapatkan kemudahan pembiayaan, khususnya dalam sektor pembuatan pintar (Smart Manufacturing).

“Program di bawah MIDF ini menyokong inspirasi kita di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), khususnya dalam mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 Smart Manufacturing. Sokongan daripada MIDF membolehkan PKS mendapatkan pinjaman dan kita amat mengalu-alukannya.

“Bagi satu syarikat sahaja, keperluan pembiayaan boleh mencecah RM5 juta, maka secara keseluruhan kita memerlukan mobilisasi sebanyak RM15 bilion untuk Smart Manufacturing,” katanya pada sidang media selepas majlis Jelajah MIDF 2025 untuk FRF dan HATI di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, penilaian teknologi bagi syarikat PKS masih dijalankan sebelum sebarang keputusan pelaburan dibuat.

Menurutnya, pembiayaan maksimum yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak RM20 juta.

“Penilaian ini penting kerana pelaburan dalam teknologi memerlukan kos yang besar. Oleh itu, kami bekerjasama dengan syarikat seperti Wipro dan Pintar Master untuk memastikan teknologi yang digunakan adalah seefisien mungkin.

“Sebelum ini, syarikat yang menggunakan teknologi baharu hanya dapat menggunakannya dalam tempoh tiga hingga empat tahun sahaja sebelum ia menjadi usang.

“Dengan adanya nasihat serta penilaian teknologi yang tepat, pelaburan dalam peralatan boleh bertahan lebih lama, sekitar tujuh hingga 10 tahun. Selain itu, produk yang dihasilkan juga boleh menepati piawaian antarabangsa dan berpeluang dieksport ke lebih banyak negara,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...