Home Ekonomi Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ekonomi

Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika Indeks Dolar AS kekal suram walaupun laporan inflasi negara maju itu meningkat daripada jangkaan awal.

Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks Harga Pengguna keseluruhan dan teras AS masing-masing meningkat 3.0 peratus dan 3.3 peratus pada Januari 2025 yang mengatasi unjuran konsensus masing-masing sebanyak 2.9 peratus dan 3.1 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terkini inflasi AS itu hanya mengukuhkan lagi persepsi bahawa pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) tidak berada dalam kedudukan untuk segera melonggarkan dasar kadar faedah.

Beliau berkata Pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam keterangannya kepada Kongres AS dan menegaskan masih banyak perlu dilakukan untuk mencapai mandat kestabilan harga.

“Berikutan itu, ringgit diunjur kekal dalam kedudukan kurang memberangsangkan berbanding dolar AS ketika Fed tidak menunjukkan sebarang isyarat akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa sama, ketidaktentuan dasar berkaitan tarif import oleh Presiden Donald Trump juga akan hanya menambah tarikan dolar AS dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikan unit tempatan itu meningkat kepada 2.8966/9014 daripada 2.9106/9137, semalam.

Ringgit susut berbanding berbanding euro kepada 4.6422/6495 daripada 4.6351/6398 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.5620/5708 daripada 5.5613/5669.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN. Ia mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3024/3078 daripada 3.3028/3064 namun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1301/1603 daripada 13.0953/1151, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina iaitu masing-masing pada paras 272.7/273.4 dan 7.68/7.69.
– Livevartha

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...