Home Ekonomi Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024

Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024

KDNK negara berkembang 5.1 peratus pada tahun lalu. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus tahun lalu berbanding 3.6 peratus pada 2023, disokong permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan pemulihan eksport.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pertumbuhan dalam negeri didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih mantap, mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, langkah-langkah dasar untuk menyokong isi rumah dan kedudukan kewangan isi rumah yang kukuh.

Selain itu, kelulusan pelaburan yang mantap serta projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta, termasuk inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional (Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Strategi Semikonduktor Nasional), memberikan dorongan selanjutnya kepada pertumbuhan pelaburan.

“Dari segi faktor luaran, eksport pulih berikutan pertumbuhan global yang stabil, peningkatan kitaran teknologi yang berterusan serta ketibaan dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi,” katanya.

Bank pusat itu berkata, perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan, dan peningkatan permintaan luaran akan terus menyokong pertumbuhan pada tahun 2025, meskipun dalam persekitaran global yang mencabar.

Tambahnya, inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini, berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan.

“Walaupun pembaharuan dasar dalam negeri yang diumumkan baru-baru ini akan menyumbang kepada sedikit tekanan menaik terhadap harga, kesan keseluruhan terhadap inflasi dijangka dapat dibendung.

“Walau bagaimanapun, risiko kenaikan harga boleh timbul daripada kesan limpahan yang lebih besar daripada dasar kepada harga Indeks Harga Pengguna (IHP) secara lebih meluas,” katanya.- UTUSAN

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...