Home Ekonomi DeepSeek buka peluang pelaburan AI di Malaysia
Ekonomi

DeepSeek buka peluang pelaburan AI di Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Februari – DeepSeek, sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China, membuka peluang baharu kepada pelabur kewangan yang berminat menyokong pertumbuhan perniagaan berasaskan AI di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peluang tersebut tidak hanya tertumpu pada teknologi semata-mata, sebaliknya modal memainkan peranan penting dalam mempercepatkan perkembangan industri AI.

\”Agenda pendigitalan negara menarik perhatian syarikat teknologi global seperti Oracle, Microsoft, Google, dan Amazon, yang telah komited melabur AS$14.7 bilion. Ini membuktikan potensi Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di Asia Tenggara,\” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum AI Pan Pasifik Malaysia-Pelaburan dan AI dalam Dunia Berubah, di sini.

Tambah Fadillah, dengan mengurangkan halangan kepada penerimagunaan AI, DeepSeek mengupayakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyepadukan teknologi tersebut dalam operasi mereka, sekali gus meningkatkan produktiviti dan daya saing global.

Forum AI Pan Pasifik Malaysia menghimpunkan wakil kerajaan, pemimpin industri AI, dan komuniti perniagaan bagi membincangkan pasaran baharu, isu perundangan, perkembangan teknologi, serta peluang pelaburan global, dengan fokus utama tahun ini tertumpu kepada kecerdasan buatan.

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...