Home Ekonomi Bank Islam beri amaran mengenai penipuan atas talian
Ekonomi

Bank Islam beri amaran mengenai penipuan atas talian

Bank Islam Malaysia Berhad mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Bank Islam Malaysia Berhad mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Bank Islam, Mizan Masram menegaskan bahawa semua kempen rasmi Bank Islam hanya akan dipromosikan menerusi saluran rasmi institusi perbankan itu.

\”Bank Islam tidak pernah meminta pelanggan memberikan maklumat peribadi seperti nombor akaun, kata laluan atau kod OTP melalui laman web mahupun akaun media sosial bagi sebarang kempen yang dijalankan,\” katanya kepada RTM.

Beliau turut menekankan pembukaan akaun Bank Islam hanya boleh dilakukan menerusi cawangan Bank Islam, laman web rasmi, atau aplikasi mudah alih BIMB Mobile App.

Tambah Mizan, bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian, Bank Islam mengingatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat perbankan peribadi melalui pautan yang mencurigakan.

Selain menyemak kesahihan laman web atau akaun media sosial sebelum melakukan transaksi dan berurusan hanya melalui saluran rasmi Bank Islam.

Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kempen, promosi atau produk perbankan hanya melalui saluran rasmi Bank Islam.

\”Bank Islam menasihatkan masyarakat agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik licik penipu yang menyamar sebagai wakil institusi perbankan. Kesahihan maklumat perlu disemak sebelum mengambil sebarang tindakan bagi mengelakkan risiko kehilangan data dan wang,\” ujar Mizan.

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...