Home Ekonomi Affin Bank sasar pertumbuhan pinjaman 10% pada 2025
Ekonomi

Affin Bank sasar pertumbuhan pinjaman 10% pada 2025

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 15 Februari-Affin Bank mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan perbankan lebih baik dengan sasaran pertumbuhan pinjaman sebanyak 10 peratus tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pertumbuhan pinjaman di Wilayah Tengah, meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, meningkat 6 peratus pada 2024, mencecah RM39.5 bilion.

\”Ke arah itu, institusi kewangan ini akan memperluaskan akses kewangannya menerusi pelbagai inisiatif.

\”Ini termasuk memperkenalkan Mobile Financial Centre (MFC). Inisiatif bagi meningkatkan keterangkuman kewangan.

\”Selain itu, memperluas rangkaian cawangan menjelang separuh pertama 2025 untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pelanggan,\” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, aplikasi perbankan mudah alih dan sistem digital akan turut diperkenal sebagai sebahagian transformasi digital.

Related Articles

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 
Ekonomi

Enam panduan jimat ketika guna pengangkutan awam 

PENGANGKUTAN awam boleh menjadikan pilihan yang lebih ekonomi dan menjimatkan masa kepada...

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh
Ekonomi

Ringgit stabil disokong asas ekonomi negara yang kukuh

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan...

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...