Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Skim Pelaburan Ahli KWSP, 189 dana layak ditawarkan
Perniagaan

Skim Pelaburan Ahli KWSP, 189 dana layak ditawarkan

Skim Pelaburan Ahli KWSP, 189 dana layak ditawarkan

Sejumlah 189 dana Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) mencapai kriteria kelayakan minimum dan layak ditawarkan kepada ahli KWSP untuk tempoh 2024/2025 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 April – Sejumlah 189 dana Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) mencapai kriteria kelayakan minimum dan layak ditawarkan kepada ahli KWSP untuk tempoh 2024/2025.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 296 dana yang diluluskan oleh KWSP daripada 18 institusi Pengurusan.

Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Rohaya Mohammad Yusof berkata KWSP akan terus menyediakan pilihan dan fleksibiliti kepada ahli yang layak.

Beliau berkata, semua dana yang diluluskan di bawah SPA KWSP dinilai setiap tahun berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh KWSP dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

\”Dua kriteria kelayakan untuk penilaian dana termasuk prestasi yang konsisten serta prestasi relatifnya berbanding penanda aras dana.

\”Ambang kelayakan yang ditetapkan untuk kriteria ini disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan hanya dana dengan kualiti tertinggi disenaraikan,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Rohaya, skim ini membolehkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 1 KWSP mereka ke dalam dana unit amanah yang layak ditawarkan untuk pelaburan sama ada di pasaran tempatan atau global bagi memberi peluang kepada ahli meningkatkan simpanan persaraan mereka.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...