Tuesday , 31 December 2024
Home Perniagaan FDI: Tambah baik modal insan, perkasa kemahiran pekerja
Perniagaan

FDI: Tambah baik modal insan, perkasa kemahiran pekerja

FDI: Tambah baik modal insan, perkasa kemahiran pekerja

Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Norma Mansor

KUALA LUMPUR, 1 Februari – Penambahbaikan modal insan perlu dilaksanakan bagi memperkasa kemahiran pekerja, khususnya dalam bidang profesional.

Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia,Profesor Emeritus Datuk Norma Mansor berpandangan langkah itu akan meningkatkan sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan, sekali gus menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

Beliau berkata, peningkatan pembangunan modal insan akan turut menjadikan Malaysia lebih kompetitif dan memenuhi keperluan sebagai sebuah negara maju.

\”Insentif boleh diberikan kepada rakyat atau golongan pekerja untuk meningkatkan kemahiran atau melatih semula diri mereka.

\”Dasar gaji progresif yang sedang diperkenal juga akan membantu usaha ini, kerana apabila anda menerima upah lebih tinggi, majikan akan mengharapkan produktiviti yang lebih. Bagaimana untuk tingkatkannya, menerusi peningkatan kemahiran dan ini akan menggalakkan pekerja meningkatkan kemahiran mereka,\” katanya ketika ditemui selepas Forum Tinjauan Strategik dan Ekonomi Global (GESOF) 2024, di sini.

Tambah Norma, mengukuhkan jaminan keselamatan sosial tidak akan menghalang aliran FDI, malah menggalakkan produktiviti dan menarik penyertaan lebih ramai individu berkelayakan dalam pasaran kerja.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...