Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Kecuali Mata Wang Utama

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan peningkatan optimis terhadap prospekrundingan dagangan membabitkan Washington-Beijing, kata ahli ekonomi.

Pada6 petang, ringgit susut kepada 4.3880/3925 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS mendapat rangsangansusulan komen Presiden Donald Trump yang memberi isyarat kemungkinan tarif dikurangkanjika China terbuka kepada rundingan.

Beliau berkata meskipun pasaran kewangan menerima isyarat itu secara positif, kesan sebenar ke atas dinamik perdagangan dan pergerakan mata wang akan turut bergantung kepada perkembangan konkrit rundingan itu.

“Perlu dilihat sama ada taktik sedemikian akan menghasilkan hasil yang disasarkan. Sekurang-kurangnya, ada tanda-tanda Presiden AS bersedia membuat konsesi dalam keadaan semasa yang buntu dan ini mendapat respons baik di peringkat pasaran kewangan," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata setakat ini, penanda aras ekuiti di seluruh rantau Asia dan dagangan awal di Eropah juga memaparkanbeberapa petunjuk positif.

“Indeks Dolar AS (DXY) mencatat pemulihan kecil apabila meningkat 0.22 peratus kepada 99.139 mata," katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 23 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Meningkat Mengenai Ekonomi Global

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 22 April (Livevartha) —...