Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang
Nasional

PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang

PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang

Dr. Mohamad Saleeh Rahamad

KUALA LUMPUR, 23 April- Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyatakansokongan terhadap sebarang langkah penyelesaian yang diambil kerajaan berhubungpaparan Jalur Gemilang tanpa imej bulan sabit pada muka hadapan akhbar berbahasa cina tempatan, baru-baru ini.

Presiden PENA Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, setiap tindakan yang diambil perlu berlandaskan undang-undang serta akta sedia ada.

\”Kita harus menangani perkara ini dengan teliti dan berpandukan undang-undang.Siasatan mesti dijalankan secara menyeluruh dan adil, tanpa dipengaruhi sentimenperibadi atau unsur perkauman,\” menurut Mohamad Saleeh dalam satu kenyataan.

Sebarang kesalahan berkaitan penerbitan bahan bercetak boleh disiasat bawah Akta 414 iaitu Akta Lambang (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta 301, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

\”Tindakan memperlekehkan Jalur Gemilang sebagai simbol rasmi negara bolehdianggap sebagai cubaan mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat,\” tegasbeliau.

Jalur Gemilang merupakan lambang identiti rakyat Malaysia dan setiap unsur yang ada termasuk imej, jalur, serta warna membawa makna tersendiri.

Maka, tindakan mencabar simbol ini, lebih-lebih lagi melalui media utama, dilihat sebagaisatu bentuk pengkhianatan terhadap semangat perpaduan dan keharmonian negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) yangmewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang dalam kalangan pelajar di semuasekolah bawah pentadbiran kementerian itu.

\”Langkah ini dilihat sebagai pendekatan jangka pendek yang baik untuk menyemaisemangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar serta masyarakatumum.

\”Namun, usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi menyedarkan rakyat tentangkepentingan mempertahankan prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan,\” katanya lagi.

Mohamad Saleeh juga meluahkan kebimbangan terhadap pengabaian prinsipRukun Negara yang kini semakin dilupakan.

\”Bukan sahaja tidak dilafazkan dalam majlis rasmi, malah penghayatannya juga kianmenipis. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak dihormati dan ada pihakyang berani menghina pemimpin negara serta institusi Raja-Raja Melayu,\” jelas beliau.

BERITA BERKAITAN:

  • Ilustrasi Jalur Gemilang: Tindakan ke atas penyunting akhbar berasas – Fahmi
  • Kesilapan paparan Jalur Gemilang: Sin Chew Daily akan ambil tindakan disiplin terhadap petugas
  • Isu Jalur Gemilang: MCMC serah kertas siasatan kepada Pendakwa Raya

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...