PETALING JAYA: Harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah apabila mencecah AS$3,500 seauns (RM15,340.19) pada dagangan Selasa, didorong oleh kebimbangan pasaran terhadap kritikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell. Sentimen risiko yang semakin lemah susulan kenyataan Trump itu mendorong pelabur beralih kepada logam berharga sebagai aset selamat. Emas spot meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada AS$3,493.41 satu auns (RM15,322.57), setakat jam 06.20 Greenwich Mean Time (GMT), selepas mencapai paras tertinggi rekod iaitu AS$3,500.05 seauns (RM15,351.70) awal sesi tersebut. Niaga hadapan emas AS GCcv1…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya