PETALING JAYA: Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan kebanyakan syarikat ditinjau menyatakan minat terhadap potensi inisiatif itu, menurut Affin Hwang Investment Bank Berhad. Bank pelaburan berkata, walaupun ada beberapa kebimbangan telah dibangkitkan mengenai kemungkinan kesan negatif terhadap sektor perniagaan tempatan kecil berhampiran, setakat ini belum ada lagi sebarang bantahan awam secara ketara yang berlaku. Tambahnya, tinjauan terhadap perkembangan JS-SEZ kekal positif, dengan disokong oleh komitmen kukuh melibatkan kerajaan Malaysia dan Singapura, serta maklum balas yang menggalakkan daripada sektor korporat kedua-dua negara itu sendiri. “JS-SEZ…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya