Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS
Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada kenyataan berubah-ubah Presiden AS mengenai kedudukan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.3825/4150 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan Presiden Donald Trump telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan Fed, menunjukkan kemungkinan campur tangan politik dalam usaha bank pusat AS itu untuk menyeimbangkan antara pertumbuhan dan inflasi.

“Kenyataan terbaru Trump yang menyatakan beliau tidak berniat untuk memecat Jerome Powell telah menyebabkan indeks ekuiti penanda aras meningkat semula manakala Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur mencecah ke paras 98 mata,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata semakan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi 2025 telah menimbulkan suasana hambar dalam pasaran.

IMF menurunkan unjuran KDNK AS kepada 1.8 peratus daripada 2.7 peratus dan menunjukkan peningkatan kemungkinan berlakunya kemelesetan.

“Oleh itu, ringgit mungkin sedikit lemah, memandangkan kenaikan DXY hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0711/0941 daripada 3.1206/1260 ketika ditutup pada Selasa, dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.8173/8605 daripada 5.8590/8683.

Ringgit juga lebih stabil berbanding euro kepada 4.9755/0123 daripada 5.0362/0442.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3357/3610 daripada 3.3523/3579 ketika ditutup semalam, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.79 daripada 7.73/7.75.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0397/1508 daripada 13.1930/2212 semalam, dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 259.9/261.9 berbanding 259.9/260.5.- Livevartha

Related Articles

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...

AS kenakan tarif sel solar tinggi kepada Malaysia, tiga negara Asia Tenggara
Ekonomi

AS kenakan tarif sel solar tinggi kepada Malaysia, tiga negara Asia Tenggara

PANEL solar.-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Malaysia dan negara jirannya Kemboja, Thailand dan Vietnam...