Home Nasional Penganalisis sifatkan PM Anwar berani dan strategik tangani krisis di Myanmar
Nasional

Penganalisis sifatkan PM Anwar berani dan strategik tangani krisis di Myanmar

Penganalisis sifatkan PM Anwar berani dan strategik tangani krisis di Myanmar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 April – Malaysia menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk mengambil pendekatan berbeza dalam menangani krisis kemanusiaan di Myanmar, termasuk melalui pertemuan bersemuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin junta tentera negara itu.

Penganalisis geopolitik, Prof. Madya Dr. Azmi Hassan, menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani dan strategik, khususnya dalam konteks usaha melanjutkan gencatan senjata dan memudahkan untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

“Biarpun berisiko dari segi persepsi antarabangsa, langkah ini membuka ruang penting ke arah penyelesaian kemanusiaan yang lebih berkesan, termasuk selepas bencana gempa bumi baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah beliau, tindakan itu membuktikan komitmen Malaysia terhadap tanggungjawab serantau, meskipun perlu berdepan cabaran geopolitik yang kompleks.

Malaysia dilihat semakin aktif menerajui usaha diplomatik dalam kerangka ASEAN, dengan mengekalkan prinsip konsensus dan keutamaan rakyat dalam menangani isu serantau yang berpanjangan.

“Sejak awal lagi, Datuk Seri Anwar sudah menegaskan bahawa pertemuan ini bertujuan memanjangkan gencatan senjata bagi memudahkan bantuan kemanusiaan disalurkan, susulan bencana gempa bumi dua minggu lalu.

\”Hakikatnya, langkah itu berjaya dan walaupun berisiko, ia membawa manfaat besar bukan sahaja kepada rakyat Myanmar, tetapi juga kepada negara-negara ASEAN yang turut ingin menyampaikan bantuan. Maka ini adalah risiko yang perlu diambil oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini,\” katanya.

Dalam lawatan dua hari ke Bangkok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan penting dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bagi membincangkan usaha melanjutkan gencatan senjata di Myanmar.

Beliau menegaskan keperluan menghentikan pertempuran dan memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Myanmar yang terjejas akibat gempa bumi 28 Mac lalu.

Pagi Jumaat, Anwar mengadakan pertemuan secara maya dengan Mahn Win Khaing Than selama 40 minit, untuk membincangkan keperluan kemanusiaan Myanmar yang semakin mendesak.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...