Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidakpastian Dasar Tarif AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 April (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis namun, dagangan kekal dalam julat kecil apabila peniaga terus memantau ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat 0.20 peratus kepada 4.3960/4080 berbanding dolar AS daripada 4.4085/4135 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.83 peratus kepada 99.380 mata.

Beliau berkata penurunan DXY berlaku selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell mengakui wujudnya ketidaktentuan ketara berkaitan dasar tarif AS.

Powell juga mengingatkan bahawa perubahan dasar yang berterusan boleh mengancam dua mandat Fed iaitu untuk memastikan kestabilan harga dan guna tenaga penuh, katanya.

Beliau berkata niaga hadapan ekuiti AS mengalami penurunan, menunjukkan kekecewaan pasaran terhadap petunjuk bahawa Fed mungkin mengambil pendekatan berhati-hati serta tunggu dan lihat, bercanggah dengan jangkaan pasaran untuk penurunan kadar faedah yang lebih tegas.

“Semalam, ringgit meningkat 0.34 peratus berbanding dolar AS kepada 4.4110. Memandangkan DXY yang lebih lemah, dagangan dolar AS-ringgit boleh mencecah lingkungan 4.4000 hingga 4.4100 hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...