Home Nasional Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas banjir di Sabah, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), banjir hanya melibatkan daerah Beaufort.

Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.

Selain Sabah, Johor turut dilanda banjir.

Bagaimanapun, ia hanya melibatkan daerah Segamat.

\”Di Segamat, 56 orang daripada 17 keluarga masih kekal berada di PPS, berbanding tengah malam tadi.

\”Ia membabitkan dua PPS di daerah tersebut,\” menurut kenyataan berkenaan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...