Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup lebih tinggi hari ini berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.
Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.57 mata kepada 1,486.43 daripada paras penutup 1,480.86 padaIsnin.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 3.15 mata kepada 1,484.01 dan bergerak antara jajaran 1,480.02 hingga 1,489.90.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak478 berbanding 431, manakala 459 kaunter tidak berubah, 1,029 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan melonjakkepada 3.36 bilion unit bernilai RM1.91 bilion daripada 2.99 bilion unit bernilai RM2.06 bilion sebelumnya.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata keyakinan yang tercetus semula itusebahagian besarnya didorong oleh perkembangan terkini dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
“Pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pengecualian terpilih daripada tarif yang dicadangkan memberikan kelegaan seketika, mengurangkan kebimbangan terhadap kemungkinangangguan perdagangan yang agresif.
"Kenaikanpasaran hari ini meluas, dengan peningkatan ketara dalam sahamkewangan, utiliti dan sahambarangan bukan keperluan pengguna," katanya kepada Livevartha.