Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk dagangan empat hari berturut-turut hingga hari inidipacuoleh pengukuhan ringgit dan pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkatapasaran berhenti seketikaselepas ketidaktentuan yang melanda bon dan pertukaran asing Amerika Syarikat (AS) minggu lepas.
Beliau berkataPresiden Bank Rizab Persekutuan Boston, Susan Collinsmemberi isyarat iaitu bank pusat AS bersedia untuk terlibatjikahasil Perbendaharaan AS meningkat secara mendadak, sekali gus membantu meredakan sebahagian ketegangan yang berlaku.
“Buat masa ini, emas sedang melalui fasa pengukuhan dan di Malaysiadengan pasaran ekuiti serta ringgit yang ditutup lebih kukuh, minattempatan terhadap logam kuning itu secara semula jadi sedikit mereda,” katanya kepada Livevartha.
Pada penutup daganganhari ini, kontrak bulan semertaApril 2025 meningkat kepada US$3,233.40 setiap auns troy daripada AS$3,224.00 setiap auns troy pada Jumaatmanakala kontrak Mei 2025 naik kepada US$3,243.80 setiap auns troy daripada US$3,234.40 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak bagi Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing menokokkepada US$3,256.30 setiap auns troy daripada US$3,246.80 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menurun kepada 330 lot daripada1,193 lot pada Jumaatmanakala kepentingan terbuka susut kepada 364 kontrak daripada1,232 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 April 2025, harga emas fizikal berada padaUS$3,230.50 setiap auns troy.