Home Pasaran Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kenaikan harga itu susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai penangguhan selama 90 hari ke atas pelaksanaan tarif "timbal balik".

"Kami mendapati paras sokongan pada RM4,150 satu tan dan paras rintangan pada RM4,320 satu tan," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 meningkat RM18 kepada RM4,444 satu tan, Mei 2025 menokok RM32 kepada RM4,331 satu tandan Jun 2025 bertambah RM52 kepada RM4,200 satu tan.

Kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing melonjak RM61 kepada RM4,122 satu tan dan RM4,072 satu tan, manakala September 2025 bertambah RM59 kepada RM4,044 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 90,966 lot daripada 132,491 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 247,188 kontrak daripada 248,610 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan turun RM50 kepada RM4,550 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...