Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil dengan sokongan operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil dengan sokongan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.97 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM19.94 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM3.6 bilion selama tujuh hari, RM1.8 bilion bagi 33 hari, RM1.0 bilion selama 91 hari selain tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) RM400 juta selama 91 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Bank pusat itu juga pada pukul 4.00 petang akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.4 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM20.3 bilion.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...