Home Nasional JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAH

TUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel ke negara jiran telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam satu operasi penguatkuasaan di sekitar kawasan Tunjang, Kedah.

Menurut Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, lori berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa JPJ Negeri selepas didapati mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori tersebut melakukan beberapa kesalahan serius, termasuk tidak memiliki lesen memandu yang sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh sejak tahun 2023, tiada perlindungan insurans, serta pemeriksaan PUSPAKOM yang juga telah luput.

Selain itu, beberapa kesalahan teknikal lain turut dikesan pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 2,000 liter minyak diesel disimpan di dalam sebuah tangki khas yang telah diubah suai di bahagian belakang lori, dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan bahan api.

Lori terbabit kini telah disita dan dibawa ke Pejabat JPJ Negeri Kedah untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...