Home Nasional Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFP

GAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan kendalian Hamas di Gaza melaporkan seramai 50,846 orang telah terkorban, manakala lebih 115,000 lagi cedera dalam serangan tentera Israel sejak 7 Oktober 2023.

Sejak 18 Mac lalu, selepas tentera Israel menyambung semula serangan, seramai 1,449 rakyat Palestin terbunuh dan 3,647 lagi cedera.

Sementara itu, serangan terbaharu zionis ke atas bangunan kediaman di Shujaiya, Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Manakala, berpuluh-puluh lagi cedera dan ramai mangsa dikhuatiri hilang dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.-AFP

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...