Home Nasional Isu tarif: Tengku Zafrul akan ketuai delegasi Malaysia ke Washington
Nasional

Isu tarif: Tengku Zafrul akan ketuai delegasi Malaysia ke Washington

Isu tarif: Tengku Zafrul akan ketuai delegasi Malaysia ke Washington

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 April– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington pada hujung bulan ini bagi membincangkan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia.

Menurutnya Malaysia komited memilih perbincangan secara baik dan membina sambil terus melindungi kepentingan negara.

\”Pendirian Malaysia, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalahkita perlu bertenang dan pada masa yang sama mengadakan perbincangan dan memahami isu yang kita rasa tidak adil terhadap Malaysia.

\”Kitatidak mahu melihat peningkatanperang perdagangan kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Itu pandangan kita. Kita akan meneruskan perbincangan kita.

\”Kumpulan kita di Washington sudah pun memulakan usaha di sana. Kami mengadakan mesyuarat di Washington dan juga mesyuarat di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan saya insya-Allah dalam masa terdekat ini juga akan pergi ke Amerika Syarikat untuk memulakan rundingan\”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Ucapan Penutup Memanfaatkan Potensi Perdagangan dan Industri ASEAN Melalui Laluan Lestari-Wawasan dari NIMP 2030.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...