Home Nasional Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman
Nasional

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengeluarkan 4,559 notis saman atas pelbagai kesalahan dalam tempoh 14 hari pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 yang berakhir, semalam.

Menurut Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam, sebanyak 15,490 kenderaan telah diperiksa di sekitar ibu negara termasuk di Terminal Bersepadu Selatan dan Terminal Bersepadu Gombak.

\”Sebanyak 1,729 kenderaan telah diambil tindakan dan sebanyak 24 kenderaan telah disita sepanjang tempoh HRA pada tahun ini,\” katanya dalam sidang media di sini.

Melalui Op HRA 2025 juga, pihak JPJ telah berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan arak tidak bercukai, selain melaksanakan pendekatan \’omnipresence\’ di lebuh raya dan jalan-jalan utama yang bertujuan membudayakan pemanduan berhemat dan selamat.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...