Home Nasional 183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka
Nasional

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka

Foto Fail

BUKIT PIATU, 9 April- Sebanyak 183 aduan diterima berkaitan kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Sepadu sempena Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 bermula 24 Mac hingga 7 April lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim berkata aduan tersebut disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ, dilengkapi dengan maklumat dan bukti kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya termasuk gambar atau video, tarikh dan masa kejadian.

Katanya, notis akan dikeluarkan kepada pengguna yang dikesan melakukan kesalahan terbabit selewat-lewatnya dalam tempoh 72 jam.

\”Antara kesalahan yang paling tinggi yang diadukan adalah berkaitan lorong kecemasan iaitu 77 aduan dikeluarkan. Kemudian, memotong barisan 36, tidak patuh isyarat lalu lintas 34, potong garisan berkembar 17.

Selain itu, tidak pakai tali pinggang ataupun topi keledar sembilan, cermin gelap ada enam dan guna telefon bimbit ada empat aduan yang kita terima,\” kata Khairul Aswad kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Sepadu sempena OP Khas HRA 2025 di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini.

Dalam pada itu, sebanyak 20,797 kenderaan diperiksa dan 2,380 notis dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan sepanjang Operasi Sepadu sempena Op Khas HRA 2025.

Sementara itu di Johor, sebanyak 7,592 notis saman dikeluarkan JPJ Johor, sepanjang Op Khas HRA 2025, sejak 31 Mac hingga semalam.

Saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan, dengan 106 buah kenderaan turut disita.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, tindakan diambil selepas 23,715 kenderaan berjaya diperiksa sepanjang operasi.

Hasil operasi juga mendapati tahap kesedaran terhadap peraturan keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna di Johor, masih rendah.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...