Home Ekonomi Tarif baharu AS mungkin jejas eksport minyak sawit negara – MPOB
Ekonomi

Tarif baharu AS mungkin jejas eksport minyak sawit negara – MPOB

Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan kepada eksport minyak sawit negara / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 April – Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan kepada eksport minyak sawit negara, namun Malaysia dilihat masih mempunyai kelebihan daya saing berbanding pengeluar utama lain.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata kadar tarif Malaysia yang lebih rendah menawarkan kelebihan berbanding pesaing seperti Indonesia dan Thailand.

“Permintaan terhadap minyak sawit kekal tinggi, termasuk di pasaran AS, terutamanya untuk produk seperti manisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, walaupun AS hanya menyumbang kira-kira satu peratus daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit negara, pasaran itu kekal penting memandangkan penggunaan minyak sawit yang khusus dalam pelbagai sektor.

Dalam masa sama, katanya, Malaysia terus mengukuhkan kehadiran globalnya dan tidak bergantung kepada mana-mana pasaran tunggal.

Sebagai Pengerusi ASEAN, beliau turut menyuarakan harapan agar eksport minyak sawit dapat dipertingkatkan di rantau Asia Tenggara sambil mengekalkan hubungan baik dengan semua negara pengguna.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...