Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kekukuhan Pasaran Minyak Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kekukuhan Pasaran Minyak Soya

Niaga  Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kekukuhan Pasaran Minyak Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannyatinggi hari ini di tengah-tengah kekukuhan harga di pasaran olein minyak sawit dan minyak kacang soya DalianChina, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kebimbangan terhadap pengeluaran rendah pada minggu-minggu akan datang juga meningkatkan sentimen pasaran.

“Dari segi teknikal, paras sokongan harga MSM berada padaRM4,450 setan metrik dengan paras rintangan padaRM4,680 setan metrik,” kata Ng kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac2025 susut RM23 kepadaRM4,750 setan metrik, April 2025 naikRM23 kepadaRM4,694 setan metrik dan Mei2025 meningkatRM37 kepadaRM4,576 setan metrik.

Kontrak Jun2025 menokokRM39 kepada RM4,474 setan metrik, Julai2025 meningkatRM38 kepadaRM4,375 setan metrik dan Ogos2025 mengukuh sebanyakRM27 kepadaRM4,304 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada88,944lot daripada86,679lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada248,014 kontrak daripada247,422 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan kekal padaRM4,850 setan metrik.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga  Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kekukuhan Pasaran Minyak Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...